Friday, 4 April 2014

Jejak Menara 2014, UiTM Kampus Machang, Kelantan

Assalamualaikum, bismillahirrahmanirrahim. 
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Lama rasanya tak update update entry. Da masuk semester ke empat da. Lebih focus untuk menghabiskan sisa sisa di kelantan ni. Lagi setahun je lagi. Alhamdhulilah, alhamdhulillah, aku di beri kesempatan untuk join program Jejak Menara 2014 as a fasilitator. Alhamdhulilah syukur pada yang Esa, semuanya berjalan lancar. Semuanya indah indah belaka. Allahu, nikmat dalam menjalankan tugas sebagai fasilitator dapat di rasa bila dapat tengok anak anak buah semua tersenyum lepas habis program. Ada jugak di antara mereka yang masih contact, bertanya khabar. YaAllah, adik adik yang di kasihi sangatla baik semuanya. Nikmat sesuatu kerja yang kita buat akan dapat rasa bila kite betul betul ikhlas. Syukur, dapat mengalas tanggungjawab dengan sepenuh hati.

Program ni actually untuk adikadik yang baru lepasan SPM, STPM dan STAM.  Pagipagi lagi aku da bergerak dari rumah iqa. Sebenarnya kiteorg da check in dekat guess house dekat machang. Sebabnya kami dariKota Bharu. So agak jauh nak ulang alik. Tapi rasa sangat unsecure malam tu. Memandangkan dekat sini banyak kes kes yang tidak diingin berlaku, yaAllah sangat la rasa tak selamat. And then kami decide stay rumah iqa yang tak jauh dari UiTM Machang. Selamat da lena kami tidur malam tu. Allah sebaik baik perancang kan. Allah selamatkan kami, lindungi kami.

Esoknya, 8 Mac 2014, hari yang dinanti nantikan. Untuk program Jejak Menara ni sebenarnya under Yadim, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Jadi ikon untuk Jejak menara di Kelantan ni Heliza Helmi dengan Fadzly UNIC. 


 Jejak Menara 2014, UiTM Machang, Kelantan


 Haaaa, tengok sy bersama siapa ye. Kak ija aka heliza helmi. Sempat bergambar sebelum kak ija menjalankan tugas dia. Musical motivation untuk adikadik, hihi. 

Taraaa, alhamdhulliah, syukurr. Sambutan sangat la menggalakkan. Kami tak sangka seramai ni yang datang. Allahu, adik adik kita ni bersemangat , gigih nak kejar ilmu. YaAllah, berkatilah segala apa yang mereka terima dalam program ini. Kami predict around 1700, dimana akan dibahagikan kepada 40 kumpulan. 1 kumpulan akan ada 30-40 orang. Bayangkan nak menjaga adikadik seramai tu. Allahu, ada kekuatan yang Allah beri. Boleh tgk gambar kat bawah ni. Bertapa ramainya dewan UiTM.  Sampak ada yang duduk kat lantai. Kesian tgk adik adik ni. Suppose dewan ni boleh muat hanya 1700 org pelajar seperti yang dijangkakam. Tapi, yang datang, seramai 2700 plusplus prlajar. SubhanaAllah, hebatnya mereka dalam mengejar ilmu. Adik adik sangat hebat. Kagum. Ada yang datang dari jauh semata nak join program. Terharu rasa.



Selepas sessi motivasi bersama ikon Jejak menara, adanya slot LDK. Pembahagian kumpulan untuk adikadik yg dikasihi Allah ni.
Ok, dan aku oukak fadi untuk group 31. Hihi, laii laaii adikadik. Punya la susah nak bahagikan group and nk mencari anak anak buah ni. Allahu, sakit tekak rasanya time tu. Macam pasar rasanya masa tu.


31 okay. Nombor bertuahh ni. Haha.


Ok, Abdul Muiz. Ni partner fasilitator aku untuk program ni. First time berkerjasama dengan dia. Terima kasih muiz sebab bagi kerjasama yang sangat baik dan terbaik. Terima kasih jugak memilih sebagai partner ye. 
InshaAllah jumpa lagi nanti. Ukhuwah dibina atas nama Allah. Lillahi taala.

Ok, yang di bawah ni gambar adikadik semua. Sessi makan, taaruf dan ada sedikit game untuk mereka. Alahamdhulilah di beri kekuatan fizikal dan mental untuk melayan adikadik yang comelcomel nii. Sessi taaruf yang sangat terbaik. Di mulakan dengan nama Allah, lagi bertambah berkat. Alhamdhulillah. Seteruanya ssesi game dimana da 4 criteria yang perlu di cari. Ada nampak di situ aku tenga memberi arahan. Hihi. Sessi game ni dapat banyak input sebenarnya. Kenali personaliti rakan, berusaha, semangat, komunikasi, toleransi, dan yang paling dan teramat penting adalah "the power of giving". Itu yang sangat laa penting. Semoga adik adik berusaha lebih untuk mencapai citacita. Jangan mudah mengalah. Teruskan perjuangan sebabagai hambaNya ;)



Haaa, inilah adikadik kami. Jumpa lagi ye adikadik kesayangan Allah sekalian. Kalian semua memang terbaik dan hebat hebat. Terima kasih join program Jejak Menara. Terima kasih jadi peserta yang baik. Semoga kalian semua menjadi anak yang soleh da solehah ye dik :)  Pertemuan yang dirancang oleh Allah. Syukur.


Barisan fasilitator. Haha, tak payahbarisan sangat kot. Ni half of abgjaliforever. Yanh lain ghaib kat tempat lain. Congrates sayang, dapat jalankan tanggungjawab dengan sempurna. Alhamdhullilah. 


Semoga kita dapat praktikkan segala ape pengajaran yang kita dapat dalam program Jejak Menara ni pada masa akan datang. MasyaAllah, tak sangka dapat akhiri program ni dengan senyuman. Allah allah, engkau maha mengetahui segalanya. Terima kasih ya Allah. Terima kasih kepada mereka yang menganjurkan program ini. Terima kasih juga kepada mereka mereka yang terlibat dalam program Jejak Menara 2014, 8 Mac. Tahniah kalian semua. Moga ukhuwah yang kita bina sepanjang program kali di pelihara oleh Allah. Amin :)




Wednesday, 25 December 2013

28DECEMBER1993

Assalamualaikum, Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdhulilah di beri kesempatan naik taiptaip malam ni. Teringat pulak kat sahabat lama yang sentiasa dalam ingatan. Sahabat lama, sahabat karib, sahabat baik, dan sahabat sampai ke Jannah Allah. InshaAllah. Sebenarnya seminggu yang lepas aku da ingat. Tapi masa sangat la tak ada. Maklumlah memang busy dengan final. Jadinya hari ni memang curicuri masa. Malam ni aku luangkan sedikit masa untuk sahabat aku yang sorang ni. 

Well, agak lama jugak kenal dengan dia.Walaupun pernah menjadi classmate,blockmate kurang daripada setahun, tapi itu semua sudah memadai. Cukup sangat da aku kenal dia bagaimana dan siapa dia. Teramat bersyukur Allah sentiasa menjaga hubungan persahabatan ni. Tak putus putus. Alhamdhulilah. Terima kasih ya Allah.  Berharap sangat persahabatan ni kekal sampai la mata aku tertutup dan inshaAllah jumpa kau kat syurga nanti ye.

Haaa, yabedabedu! ini la  qilalatipnya. comel comel. hihi.maaf qila.ni gambar tercomel kat dunia. 


Bila mengimbau masa masa dekat matrik dulu dengan kau ni, banyak sangat kenangan. Gelak ketawa. kau memang baik. Seorang kawan yang memang superb untuk aku. Sentiasa memahami situasi aku. Who am I, thank you sahabat. Tak sia sia rasa, Da kumpul kumpul semua gambar, kat bawah ni adalah di antara gambar gambar yang bagi banyak memory. seriously. Rindu kau sangat. 



Yang pertama, gambar ni memang da lama sangat. Muka sangat laa,tak dapat nak describe. Zaman matrik yang bertahun lepas. Rindu sangat kan. Kau la yang selalu duduk sebelah aku, ajar aku dekat dalam kelas tutor. Dalam kuliah pun sama jugak. Berharap sangat sangat masa boleh putar qila, but its impossible. Salah satu gambar yang aku simpan. Sumber : Nazirah. hihihi.



Yang kedua. Masih ingat gambar ni? hihi. gambar ni pulak secara random.  Dari admin time ni. See, kau memang sahabt yang sejati. Walaupun aku tahu kau memang sangatlah susah naik ke admin, kadang kadang kai teman aku jugak ye. thank you qila. Hopefully kau kat sana, teruskan langkah dengan sempurna, langkah ke jalan Allah.Pencipta kita. Langkah menuju kejayaan.InshaAllah qila.



Ketiga. kenangan DKB 1 :) Selamat berjuang dan selamatlah kamu.


Keempat. Alhamdhulilah syukur. Habis matrik tapi ukhuwah yang dibina tetap diteruskan. Masih jumpa. thank you qila thank you sangat. Moga Allah sentiasa menjaga persahabatan kita. Amin.



Dan ini yang terakhir.

"Terkadang Alllah hadirkan sahabat yang baik di sekeliling kita, mungkin kerana wasilah buat diri kita untuk terus dalan keadaan kebaikan. Sahabat itu saling menguatkan. "


AQILAH ABD LATIP, 


 Ini lah tujuan aku. ini aim aku sebenarnya. Alhamdhulilah. siap da.  HAPPY BIRTHDAY qila! Semoga sentiasa menjadi kesayangan Allah ye. Jaga diri baikbaik. Jaga solat. Pelihara diri. Belajar rajinrajin tau. 
Kita berjaya samasama okay. Stay pretty stay cute. InshaAllah, Allah sentiasa ada dengan kau. and Goodluck untuk final. Buat yang sehabis baik :) Wish you All the best in your life. May Allah bless you qila. Lots of lovee. *huggg*

Happy birthday tou you, happy birthday to you, happy birthday happy birthday happy birthday to you *jejoget* Bukan lambat, tapi special. 


" Sahabat sejati menjadi pendorong impian  Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah. " 

Salam Sahabat yang dari jauh,
Asslamualaikum.