Sunday, 10 February 2013

Tabahnya hati seorang ibu

bismillahirrahmanirahim, Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Assalamualaikum wbt .


Tabahnya seorang ibu . bertapa kuat hatinya menempuhi likuliku kehidupan selama 28tahun bergelar ibu. Cekal hatinya dalam membesarkan empat orang anaknya. Sungguh besar ujianmu ya Allah. tak dapat dibayangkan.

Apa yang aku maksudkan semua itu adalah mama aku. seorang yang sanggat kuat berhadapan dengan ujian ujian yang diterimanya dengan redha dan hati teruka. MAMA adalah segalagalanya. dia la hero aku dia idola aku dia la semuanya.tahniah mama, mama dah jadi yang terhebat untuk anakanak mama. mama da didik anakanak mama sampai keempat empat anak mama berjaya sampai lah masuk universiti walaupun tanpa abah. Mama mampu lahirkan insan yang penuh dengan ilmu. Hanya Allah saja dapat balas jasa jasa mama. Thank you very much mama.


Inilah kami, anakanak mama. mungkin time ni aku baru je 5tahun.*rasanya lah. by that time, abah da tak de dah. abahpergi tinggalkan kiteorng semua. sedihnya rasa Allah je yang tahu. walaupun aku kecil lagi time tu, 4tahun, tapi aku tak pernah lupa peristiwa tu. tarikh yang dianggap keramat lah bagi aku. 31disember 1997.
masa tu first  day puasa. *tapi aku tak puasa la kan time tu. kecil lagi. haha. pagipagi subuh abah da pergi kerja kat pagoh,muar.lepas sahur je abah terus pergi. tapi, malang sungguh.. abah aksident pagi tu kat bukit pasir.sedih pilu hiba kecewa mesti mama rasa waktu tu kan. siapa tak sedih kehilangan suami yang di cinta kan. aku paham mama.
Tahun duaribusatu 2001, aku ditakdirkan ada ayah tiri yang tersangat la baik dengan aku. Ya Allah, baiknya manusia ni. dia belikan aku basikal baru. haha. Maklum la, aku dulu malas sangat nak pergi sekolah agama tu hah..bila da ada basikal, laju je aku kayuh pergi sekolah. Ok back to the story. Aku tak panggil dia ayah abah daddy papa baba or ape2 sekali pun. tapi aku panggil dia pakcik sahaja. Memang tak di nafikan dia seorang yang baik. Bila dia ada, barulah aku dapat rasa kasih sayang seorang ayah tu. seriously. Dia la banyak bagi semangat kat aku.

tapi tapi tapi, Allah mahu uji mama aku lagi. Tahun 2009, pakcik aku kembali kerahmatullah, sakit cancer usus. Kali ni aku memg rasa betulbetul kehingan seorang ayah. Walaupun dia hanyalah sekadar ayahtiri, tapi dia amat bermakna bagi aku. huh, sedihnya bila terkenangkan arwah pakcik. Katakata akhir dia pada aku, "tira,azam kena kuat. baru boleh berjaya.". Kemana saje aku pergi, aku ingat katakata ni. Rindunya pada dia Allah je yang tahu. kadngkadang kawan aku selalu cakap macam ni :: "dont be sad, Allah always beside you".
Ya, aku tahu. tapi kadangkadang kita tetap sedihkan. Allah uji kita,Allah sayang kat kita. ye dak? aku pikir macam tu.saat saat aku bersama arwah abah and arwah pakcik tak pernah aku lupa. mungkin ini ujian yang Allah beri pada kami sekeluarga. Tetapi,inshaAllah ada ganjarannya pada masa kelak.Sedihnya hati aku melihat arwah pakcik yang da di kafankan waktu tu. fuh, masih terbayangbayang lagi.menangis nangis aku. Setakat ni, mama la wanita yang paling kuat kental hatinya meneruskan hidup,mencari rezeki yang halal untuk membesarkan anakanaknya walaupun banyak sangat benda yang pahit mama lalui.

Last dari anak mama, IM VERY PROUD OF YOU, mama ! mama ironwomen. sayang mama dunia akhirat.

*Ya Allah pinjamkanlah aku keberanian umar al-khatab, ketangkasan kholiq al-waliq, kecekalan thariq bin ziad, kekentalan salahudin al-ayubi dan ketajaman sultan muhammad al-fatih.Kau berikanlah aku kehidupan yg lebih sempurna
*Ya Allah, kau ampunkan lah segala dosa-dosaku,dosa-dosa kedua ibubapaku,keluargaku,guru-gurku,rakan-rakanku serta semua umat musliman dan muslimat yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Amin yrb.

Al-fatihah untuk arwah abah dan pakcik. Al-fatihah.


Assalamualaikum .



No comments:

Post a Comment