Wednesday, 25 December 2013

28DECEMBER1993

Assalamualaikum, Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdhulilah di beri kesempatan naik taiptaip malam ni. Teringat pulak kat sahabat lama yang sentiasa dalam ingatan. Sahabat lama, sahabat karib, sahabat baik, dan sahabat sampai ke Jannah Allah. InshaAllah. Sebenarnya seminggu yang lepas aku da ingat. Tapi masa sangat la tak ada. Maklumlah memang busy dengan final. Jadinya hari ni memang curicuri masa. Malam ni aku luangkan sedikit masa untuk sahabat aku yang sorang ni. 

Well, agak lama jugak kenal dengan dia.Walaupun pernah menjadi classmate,blockmate kurang daripada setahun, tapi itu semua sudah memadai. Cukup sangat da aku kenal dia bagaimana dan siapa dia. Teramat bersyukur Allah sentiasa menjaga hubungan persahabatan ni. Tak putus putus. Alhamdhulilah. Terima kasih ya Allah.  Berharap sangat persahabatan ni kekal sampai la mata aku tertutup dan inshaAllah jumpa kau kat syurga nanti ye.

Haaa, yabedabedu! ini la  qilalatipnya. comel comel. hihi.maaf qila.ni gambar tercomel kat dunia. 


Bila mengimbau masa masa dekat matrik dulu dengan kau ni, banyak sangat kenangan. Gelak ketawa. kau memang baik. Seorang kawan yang memang superb untuk aku. Sentiasa memahami situasi aku. Who am I, thank you sahabat. Tak sia sia rasa, Da kumpul kumpul semua gambar, kat bawah ni adalah di antara gambar gambar yang bagi banyak memory. seriously. Rindu kau sangat. 



Yang pertama, gambar ni memang da lama sangat. Muka sangat laa,tak dapat nak describe. Zaman matrik yang bertahun lepas. Rindu sangat kan. Kau la yang selalu duduk sebelah aku, ajar aku dekat dalam kelas tutor. Dalam kuliah pun sama jugak. Berharap sangat sangat masa boleh putar qila, but its impossible. Salah satu gambar yang aku simpan. Sumber : Nazirah. hihihi.



Yang kedua. Masih ingat gambar ni? hihi. gambar ni pulak secara random.  Dari admin time ni. See, kau memang sahabt yang sejati. Walaupun aku tahu kau memang sangatlah susah naik ke admin, kadang kadang kai teman aku jugak ye. thank you qila. Hopefully kau kat sana, teruskan langkah dengan sempurna, langkah ke jalan Allah.Pencipta kita. Langkah menuju kejayaan.InshaAllah qila.



Ketiga. kenangan DKB 1 :) Selamat berjuang dan selamatlah kamu.


Keempat. Alhamdhulilah syukur. Habis matrik tapi ukhuwah yang dibina tetap diteruskan. Masih jumpa. thank you qila thank you sangat. Moga Allah sentiasa menjaga persahabatan kita. Amin.



Dan ini yang terakhir.

"Terkadang Alllah hadirkan sahabat yang baik di sekeliling kita, mungkin kerana wasilah buat diri kita untuk terus dalan keadaan kebaikan. Sahabat itu saling menguatkan. "


AQILAH ABD LATIP, 


 Ini lah tujuan aku. ini aim aku sebenarnya. Alhamdhulilah. siap da.  HAPPY BIRTHDAY qila! Semoga sentiasa menjadi kesayangan Allah ye. Jaga diri baikbaik. Jaga solat. Pelihara diri. Belajar rajinrajin tau. 
Kita berjaya samasama okay. Stay pretty stay cute. InshaAllah, Allah sentiasa ada dengan kau. and Goodluck untuk final. Buat yang sehabis baik :) Wish you All the best in your life. May Allah bless you qila. Lots of lovee. *huggg*

Happy birthday tou you, happy birthday to you, happy birthday happy birthday happy birthday to you *jejoget* Bukan lambat, tapi special. 


" Sahabat sejati menjadi pendorong impian  Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah. " 

Salam Sahabat yang dari jauh,
Asslamualaikum.

Sunday, 21 July 2013

Sedikit hasil air tangan di bulan Ramadhan :)

Bismillahi-rahmani-rahim, Assalamualaikum .

     Memandangkan aku tengah cuti semester and takde kerja nak buat, jadi aku isikan masa dengan benda yang berfaedah. haha, agak pelik juga aku ni. OK abaikan je. Memandangkan juga aku suka buat desert desert ni, semalam untuk iftar seFamily, aku merajinkan diri buat muffin yang berperisa chocolate bersertakan Air kelapa yang fresh dari pokok kelapa kecil tepi rumah ni haa. oh oh, yeah. Tersenyum lebar aku bila rajin nak buat. Entry hari ni aku ada sertakan sekali resepi  Chocolate Muffin yang aku buat semalam. So,boleh lah mencuba cuba untuk desert iftar korang ye :)

Resepi  Chocolate Muffin

Bahan-bahan:
 


    • 2 cawan serbuk koko
    • 3 biji telur
    • 2 cawan gula pasir (dikisar halus)
    • 1 cawan susu segar (dutch lady kotak pun boleh)
    • 1 cawan minyak masak/mentega yang dah di panaskan
    • 1 cawan air panas
    • 1 sudu teh esen vanilla ( Vanilla flavour)
    • 1 sudu teh soda bikarbonat
    • 1 sudu teh baking powder 
    • chocolate chip ( ikut keinginan sendiri)
    • cup muffin 

Cara cara :


  1. Masukkan 3 biji telur dan gula yang dah dikisar halus. Kacau sampailah kembang(sampai warna putih)
  2. Masukkan esen vanila,susu segar and minyak masak/mentega cair tadi, then kacau sampai sebati.
  3. Masukkan bikarbonat, tepung and baking powder.Kacau lagi sampai sebati.

4.  Masukkan 1 cawan air panas, then kacau lagi, sampai jadi macam ni. tambah lah sikit chocolate chip tu.


 5. Lepas tu, masukkan sedikitsedikit dalam cup muffin ni .


6. Last sekali, pergi la bakar dengan suhu 175C/45minit.

7. Da siap, boleh la makanmakan. Ini hasilnya :)



And yang ni pulak air kepala yang fresh. Oh yeah . sodap sodap :) Alahmdhulilah dapat jugak aku berbuka puasa dengan air kelapa rumah mama. cehhh ^^




hehe, itu cerita hari ni ^_^ , Assalamualaikum. Selamat mencuba okee .

Friday, 19 July 2013

Semester two , dalam hati !

hai hai, Assalamualaikum .

    haaaa,14july 2013 maka berakhirlah tittle aku sebagai pelajar semester dua UiTM Machang. Lepas ni pulak aku pindah UiTM kota bharu. yeah, inshaAllah pengalaman baru ye di sana. hopefully :)  Syukur alhamdhulilah, berjaya habiskan sem ni walaupun banyak dugaan yang datang. take it easy jaa.  Actually banyak sangat memory semester dua. Buatkan aku jadi lebih dan lebih matang dalam urusan dunia ni. Tambah lagi aku start duduk rumah sewa dengan kawankawan. FUHH. tak mudah nak rasa suasana macam ni.Seriously,bila aku bagitahu kawan2 lama yang aku duduk rumah sewa, mesti diaorang terkejut. Itu la realitynya.

     Berbalik pada azam aku,masuk je semester dua. target aku,dapat empat rata. inshaAllah amin amin. azam kena kuat.hati aku berkata macam tu. Tapi tapi da tapi, sedar tak sedar diri aku ni banyak main.mainmain. itu la keje aku. Dapat pulak housemate yang sangatsangat tergila kan, hancuslubus aku jadinya. But masih boleh di kawal segala kegilaannya itu. Cehhwaaa :) Aku masih lagi keliru, aku ni sebenarnya belajar statistic ni nak jadi ape . haih~ Look, mama kata habis degree terus sambung master and then inshaAllah PhD. wow, hebat tu citacita mama untuk anak dia. Takpe, next semester aku pikir balik .

ABANGAJISFOREVER .ini la tempat aku berlindung di Kelantan. tapi tu semua sekejap je. Selebihnya tunggu la. Penghuni penghuni dalam rumah ni la tempat aku bergembire, tersenyum, gelak mahupun ketawa. Alhamdhulilah Allah beri aku sahabat seperti mereka semua.yang sangat memahami aku. Proud of you babe! 

 taaadaa, ini la mereka. sweetheart :)

      Sentiasa bersama walau dimana jua. ekeke. skema sungguh. takpe, sekali sekala.Dah nama pun pelajar kan, so automatik la tugas aku belajar and belajar. Tetapinya, orang lain sibuk belajar aku keseorangan dalam bilik sibuk nyanyinyanyi lagu. Fuh, heaven betul aku rasa. Annoying pun ada juga. Tapi selagi aku happy dengan kerjakerja aku tu,aku buat la.belajar punya belajar, tak sangka la dah nak final exam. seriously this sem singkat sangat masanya. Sebab ape, banyak cuti.cuti ni la cuti tu la. haish, habeh duit balik melaka.

    Timetime final la banyak sangat konflik.kemuncak untuk semester dua. mental down dan segala bagainya berlaku. Aku pun tak paham, kenapa la bendabenda tu semua jadi bila aku ada exam besar. WHY and why. Tapi, aku ambil tu semua sebagai ujian. Ujian yang datang dari Allah.tak putusputus aku doa, tolong lah keluarkan aku dari semua masalah ni.Alhamdhulilah, masalah tu semua da di atasi dengan udah. ku percaya Allah sentiasa ada untuk aku.Aku jadi kuat balik untuk jawab final. Tapi semua paper final, Paper yang membunuh hati aku. Hampir putus asa setelah menjawab paper Operational Research tu. ciss! Sabar je. aku harap dapat la result yang baik. Amin.

ni masa Kursus Pemantapan Pembimbing Rakan Sebaya UiTM Machang with our beloved Papa.
#CS221(sains statistik)

Alhamdhulilah, group aku menang untuk Drama :PadaMu Ku bersujud. Yeah, hasil penat lelah kami. ini lah hasilNya. Allah sentiasa ada bantu kita. ingat tu !

Sempat juga aku sambut bulan ramadahndengan housemate. dapat rasa beriftar bersama. alhamdhulilah. gembira dekat hati ni Allah je boleh nilai. Ni dekat Masjid Sultan Ismail Petra,Kelantan. Beriftar di masjid kami serumah. Syukur yaAllah, sahabatsahabat sangat baik.senang susah bersama. InshaAllah, semoga persahabatan kita kekal hingga ke Syurga Allah. Amin :)

haha, ni half of  my housemate. kami semua pegi Genting Highlands. Jalanjalan. yaa, such a nice memory with all of them I love u damn much :*
 yang atas tu aku dengan pque and yang bawah ni aku dengan iela. okay, both of them adalah my super duper friends. seriously, mereka lah tempat aku luahkan segalgalanya if aku ada masalah. tak kira la masalah besar ke tak. mereka sentiasa dengar.  banyak bagi support kat aku kalau aku rasa down. sangat berbangga ada kawan mcm mereka. saya sayang awk ^^

haaa, yang ini nana aka syanie aku di rumah abangajis tu. Dia ni sentiasa gelak.aku tak tahu bila dia bersedih. heeheh. Dia memang selalu la kena dengan aku. cubit telinga,cubit lemak,tarik rambut.larilari. haa..ni la makhluk Allah yang boleh buat aku release stress. ceehhwaahhh^^ kalau dia dengar ni, habis aku. dan dan dan, dia laa pembuli tegar GEMUK aku. #kurangasampunyabudak. Thank you nana :) 


 Alhamdhulilah, aku di kurniakan sahabat sahabat yang sentiasa taat pada perintah Allah, baik budi perketinya. syukur ya Allah.  
"Ya Allah kau berikanlah aku dan sahabatsahabatku ini kejayaan di dunia mahupun di akhirat ya Allah. kau peliharalah kami. peliharalah hati kami. peliharalah iman kami. Berikan lah kami ilmu yang tidak pernah putus serta berkatilah segala ilmu ilmu yang telah kami pelajari ya Allah. Ya Allah kau ampunkanlah Dosa dosa kami, dosa dosa kedua ibubapa kami. Amin amin amin yrb." . Semoga kejayaan pasti milik kita semua. Amin.

ohkay, enuf for entry kali ni .Get ready untuk tempuh semester tiga :) semoga semuanya berjalan lancar.

Assalamualaikum !


Tuesday, 16 July 2013

Tenang di sana Wahai Sahabat :(

Assalammualaikum ,

  Entry kali ni memang agak sedih. Terlalu sedih. Boleh menitis airmata aku bila teringatkan balik. 6July2013 merupakan antara tarikh keramat bagi aku dan juga kawankawan yang lain . Even da one week lebih,aku still teringat.

    Perginya seorang rakan yang telah meninggalkan kami semua. Dia terlalu baik, sentiasa senyum even tengah marah pun. Suci je muka. MasyaAllah, hanya Allah je tahu bertapa sedihnya hati ni. Hilangnya dia menyahut seruan Illahi. Sudah tiba ajalnya di usia muda ni. Dia sahabat baik kami time dekat matrik dulu. Sekelas. Benda yang paling aku sedih sebab aku tak dapat jumpa dia. Habis je matrik, terus tak jumpa. Tapi still contact(twitter and FB). And the last part aku contact dia dia just cakap " takpe marni, doakan aku dari jauh je ea" . ok tu la ayat dia yang aku still ingat sampai sekarang. aku minta maaf sangat dengan dia sebab aku takdapat ,elawat dia time dia sakit haritu.pasalnya aku baru balik dari Kelantan. And dia bagi reaksi tu. huh T_T
   
     Mohamad Taufiq Othman, our beloved friends. Perginya dia memberi banyak reaksi antara kami semua. Ada yang terkejut. Ada yang menangis. Even lecturer lecturer KMJ(matrik johor) , menangis teresak esak dengar cerita taufiq meninggal. Arwah meninggal di sebabkan lung cancer(stage 4), around 9pagi. Siapa sangka kan, orang yang rapat dengan kita pergi dulu. Tibatiba dengar dia sakit. sebulan setengah lepas tu da meniggal.

      Ya Allah cepatnya masa berlalu. Malam sebelum taufiq meninggal, aku dapat tahu dia masuk ICU,guna alat bantuan penafaan da. dapat je tahu tu, aku terus nangis.nangis and nangis. And kami plan nak pergi ziarah dia. tapi, kuasa Allah kan. Semua yang dirancang tak menjadi. tak sempat. Esoknya, housemate aku (ecah)kejutkan and bagitahu taufiq da meninggal. Ecah ni dia EXclassmate taufiq masa sekolah rendah. Kecil kan dunia ni. Ya Allah, rindunya pada taufiq.

" Ya Allah tempatkanlah dia dalam kalangan orang orang yang beriman.Ampunkanlahsegala dosadosanya Ya Allah. Kau hapuskan lah segala dosa dosa sahabat ku ini ya Allah. " . Semoga kau tenang di sana wahai sahabat. Amin, amin amin yrb
 Salam rindu dari kami semua. MD6 KMJ2011/2012 :( 
* tears. cukup la entry kali ni. Nanti terover menangis teringatkan arwah taufiq .


 Disini ada sedikit memory aku, dia dan sahabatsahabat yang lain. 


Arwah Taufiq(kiri pertama) and rakan rakan seperjuangan, kaum Adam. 


Malam terakhir aku makan dengan arwah taufiq. Anual Dinner Matrik Johor


Time ni masa kami punya Drama. Alhamdhulilah number 1 dapat. Arwah pegang watak Badan dan Nyawa bersama azim. Gelak tawa Arwah masa drama ni masih ada tersemat dalam kepala aku =='


Kami bersama Miss Oh, Lecturer Maths. Arwah(sebelah kanan berbaju putih) di panggil Tok Guru merangkap Assistant Miss Oh , Taufiq pandai Maths. Selalu ajar kami semua. Ure the best :(


Keakraban kami sekelas sangat teserlah dini. tengok la kami. YaAllah sangat rindu pada arwah. of course kami sangat terasa atas pemergianNya buat selama lamanya.


 KAU SAHABAT DAN KAU TEMAN.  jumpa kamu di Syurga sahabat. Semoga kau tergolong dalam kalangan orang yang beramal soleh. Rindu teramat.Sentiasa ada dalam doaku.

Thursday, 21 February 2013

zaman kegemilangan , MATRIK !

Asslamualaikum wbt .

Oh yeah! tibatiba pagi ni aku rasa nak update ini blog. jadi entry kali ni aku nak cerita sikitsikit pasal life matrik dulu. taktahu la, tibatiba aku rasa rindu sangat dengan kawankawan KMJ dulu. seronok sangat kat sana. tapi sory to say la, peraturan dia yang membuatkan student lagi bertambah nakalnakal, degildegil. macam aku la lebh kurang. Tapi jangan pandang sebelah mata ok.semuanya cerdikcerdik belaka. kadangkadang aku boleh jadi pelajar yang baik, tapi kadang jugak aku jadi pelajar yang cukup nakal.

Aku rindu suasana kat sana, rindu kawankawan yang bergitu caring begitu rapat begitu sama kepala dengan aku. SERIUSLY, diaorg semua kawan yang terbaik buat aku. Sampai sekarang,or org putih kata until now, haaaa, merekamereka semua still contact aku. bertegur sape dengan aku.Berguraugurau walaupun semakin jauh. *sobs sobs sobs , sedihnya bila terkenang masamasa dulu. ye, aku tahu.. memang laa ada juga salah paham di antara kami semua. tapi aku rasa semua benda tu buat kita lagi semakin rapat.

okay, JOM JELAJAH sikit :) !


seperti mana yang korang tengok. ini la dia sahabatsahabat yang setia. tapi in half of MD6 student la. nampak kan mukamuka diaorg semuanya pandaipandai baikbaik ceriaceria.jadi aku tak tipu la kan. rindunya kat korang. i wish la all will be back like dulu. tapi aku tahu tu semua imppossible kan.  walaupun aku tahu, MD6 ni kelas yang paling famous kat admin. naknak admin CHEMISTRY ! tak tipu, asal cakap md6 je.. ahhh, mula la..tapi kita semua da buktikan yang terbaik kan. semuanya berjaya, dapat result yang baikbaik and rite now koramg semua da pun bergelar sebagai mahasiswa mahasiswi kan. tahniah yea korang. and im pround of you ! :)


okay, yang ni kalau sahabatsahabat aku ni semua tengok, haha.korang mesti gelak.percaya la. ni first week or second week masuk kmj. korang masih ingat kan? *semua muka suci je kan .
haaa, ni semua rakanrakan girlgirl kat kelas aku. sporting peramah memahami dengan sikap aku, ini laaa diaorg semua. korang semua, kalau aku dapat jumpa .aku akan buat korang gelak tak berhentihenti. percaya laa! tapi bila nak jumpa ye? uhu. persoalan yang datang dari otak aku ni :) 
 asiah, ejah,nawa,nazirah,aku,qilalatip,raihanah and zati .


okay, minta di abaikan sahaja muka aku ye.memang memang aku time ni suci je muka.muka bebudak lagi la. time ni perhimpunan pagi kat KMJ. huh? perhimpunan pagi?aku tak dapat lupakan batch aku 2011/2012 sangat la acam ketat peraturannya. perhimpunan setiap pagi ! korang semua mesti masih ingat lagi. 730pg esti kena ada kat DATARAN WAWASAN . fuuiiyo! mana life aku tah time tu. tapi maklum la, aku seorang pelajar yang baik. turuti sahaja perintah atasan. nak berjaya kan.hadapi lah semua yng pahit tu. pelik tak tengokgambar ni? orang seua tenga baca doa, aku naz and kak shasha boleh bergambar. ish ish. ok, mereka berdua ni la banyak bagi semgat kat aku. tak kira bila masa dan di mana jua. ceehh :)


maaf gambar ni agak gelap sikit ye. maafmaaf. ni malam anual dinner yang aku rasa sangat lah bermakna .detikdetik yang tak boleh di lupakan. seriusly you all guys look prettypretty and handsomehandsome . aww :) tambah lawa ada apebenda yang luqman pegang tu, piala! haa,class aku menang time ni untuk pertandingan Drama. wehhh! bangga gila dengan korang semua. cehhh. boleh jadi pelakon hebathebat semuanya :) kelakar sangat bila teringatkan.. 


haaaa, ini pula qilalatip . dialah sahabat yang aku paling respect . tabik hormat sikit qila! kau la sahabat aku dunia akhirat.even 1year je aku kenal kau dalam KMJ, tapi kau memang da masak dengan perangai aku ni kan. dari hati aku ni tau, aku gembira bertuah dapat kawan dengan kau. macammacam aku boleh kongsi.walaupun aku tahu aku asik ulang benda yang sama je. hehhehe.sorryy qila. kau pandai kau cantik kau baik. friend till jannah. inshaAlah ye qila. sayang kau ! :)


haha. taaarrraaa!!! ni la roomate kesayangan aku. aku banyak belajar bendabenda baru dengan diaorg. haha.dari kiri hanan,aku,shima,and farahin. ok lets, haha. hanan.dia la orang yang aku selalu gaduhgaduh dalam bilik C1.18. 1.18 ke? tah,, lupa sangat da ni.tapi serius aku selalu gaduh dengan hanan.haha..tapi dia memahami aku. sampai sekarang pun dia still cntct aku.walaupun aku tahu kadangkadang aku ni selalu kacau2 dia.haha,then shima? shima seorang rakan yang baik..dia selalu bg aku semangat sama la jugak dengan hanan.memg aku jenis suka bergurau dengan orang. ha ha. farahin adalah kawan sekatil dengan aku. aku ni nampak je GANAS tapi dalam hati ada taman oi ! farahin dia selalu teman aku tidur teman aku mandi teman aku pegi toilet. haha.nampak tak aku nakal di situ. huehue. :) aku rindu korang semua.tak tipu.ini semua benar. rindunyaaa :'(


huehue.nak tergelak la pulak tengok gambar ni. sibuk je kau shahrafi .aku nak bergambar dgn teacher kau pun jugak. ciisss !ha ha, ni la teacher azlina yusop. dia insan yang sangt la baik sekali dengan aku. masa kat kmj dulu dia pernah bagi makanan kat aku. asam pedas ikan pari,pisang masak lemak,kerang rebus.weh! aku terkejut time tu.sebab banyak sangat makanan. thank you teacher :) thank you jugak ajarmarni and kawankawan semua chemistry. thank you veryy much, but...ahh rindu sangat kat ammar ! hopefully dia sentiasa sihat ye.


ok then, berakhir la kisah aku masa kat matrik.banyak lagi sebenarnya. tapi ini je yang mampu aku bercerita ! :) next time ceritacerita lagi. ha ha. Enjoy . aku tersangat rindu kat korang semua. doakan kejayaankita bersama ye. friends till jannah. inshaAllah .

Oke dokey , finish finish .
Assalamualaikum wbt .




Tuesday, 19 February 2013

Alhamdhulillah Ya Allah !

 Assalamualaikum .

Alhamdhulillah syukur ya Allah . itu laa ayat yang keluar dari mulut aku bila tengok result barubaru ni . 
Ya Allah terima kasih banyakbanyak untuk rezeki yang kau beri kali ni. serius hampir mengalir airmata aku. tterima kasih jugak kat mama and mak yang tak putusputus bg semangat kat aku.doakan aku. Allah je dapat membalas segalanya.

Actually aku sangat la takut nak tengok result tu. takut kena repeat takut tak melepasi target. macammacam aku pikir. arrrghh. pagi2 time sarapan, kila da suruh aku check email. OMAiii ! aku sangat laaa takut weh, tapi tapi. aku melarikan diri masuk bilik.. dia tanya ape email aku password semua tu. ish.. serius mendebarkan.. tapi dia pun nak tahu jugak kan berapa aku dapat. akhirnya aku tewass..Tewas!! aku bg laa segalanya.. dia pun tgkkk... ahhhh, bila da bgtaw tu, menitis airmata aku. sedih pun ada.

btw, terima kasih beribu riban juga kat roomate yang tercinta aku. *Pque,miela and syikeenn and juga budakbudak bilik depan. diaorang laa yang bayak bg support kat aku. maklum laa aku niselalu je tidur. mana la aku tahu, hobby aku asik tidur. tak pun main dengan gemuk aku. hahahah! nak tengok gemuk aku yang mana satu? haha. comel gila. serius. ahhh, jap lagi laa aku tunjukkan ea .

tahniah untuk semua kawankawan aku yang pandaipandai tu. tahniah ye korang semua.memang ternyata diaorang semuannya pandaipandai belaka. TAKTIPU weh. tahniah kepada diaorang yang dapat Dean list tu. tahniah!! semoga korang terus succcess untuk semester dua nanti yea dan sem sem yang seteruanya. Doakan kejayaan kita bersama :)

okey, seperti yang aku cakap tadi, gemuk aku kan. haaa..ni dia. comelkan. macam aku juga . *perasan gila


dan ini laa..dia la peneman setia aku belajar.hahahaha :)



 da da. nak tidur , Selamat malam :)

OKE DOKEY , finish finish !

Assalammualaikum .

Friday, 15 February 2013

Mendiamkan Diri ?

Assalamualaikum ,


haa, nampak tak gambar di atas. ada maksud disebaliknya.Ok entry kali ni aku nak cerita la kan serba sedikit pasal "mendiamkan diri ni".
aku pun tak paham laa kenapa la perlu mendiamkan diri bila ada masalah. adakah itu cara yang betul bila korang ada masalah? betul ke cara tu? tapi pendapat masing masing la kan. ikut orang juga.


tapi, bagi pendapat aku, mendiamkan diri bila ada masalah satu benda yang tak sihat tahu. aku tak berapa nak suka bila ada masalah mendiamkan diri. please la. cuba la untuk berkomunikasi if ada masalah. KOMUNIKASI. salah ke. luahkan ape yang ada dalah hati tu. jangan duk simpan je ye dak? at least kalau kite luahkan lega sikit  hati ni  kan kan? walaupun mungkin masalah tu takdapat nak selesai kan. kan... think la guys..

kadangkadang bila mendiamkan diri  ni boleh buat pihak lain terasa hati, sakit hati. sakit wooo..ini yang aku alami. aku paham laa..maybe itu cari yang sesuai. tapi sampai bila nak mendiamkan diri? wake up laa. please. aku yang serabut sedih risau. entah la. cuma luahkan ape yang aku rasa. pendapat aku.

tapi pendapat setiap manusia lain lain kan..terpulang laa. kalau itu cara yang terbaik untuk selesaikan masalah.ya, just move on laa kalau macam tu. tapi dalam masa yang sama, cuba lah untuk menjaga HATI orang lain.


jangan biarkan diri anda di belenggu oleh masalah masalah. KOMUNIKASI dengan orang lain yang boleh di percayai. luahkan isi hati. InshaAllah tenang hati. INGAT !
okkay, aku rasa tu je yang perlu aku bgtahu yang perlu aku cakap. Pandaipandai la pikir yang mana baik dan yang mana buruk semua da besar kaannn :D

oke dokey , finish finish .

assalamualaikum .

Monday, 11 February 2013

Kapal KD Rahmat, Lumut,Perak,Malaysia

Assalammualaikum, bismillahirahmanirahim .

Sebut je pasal Kapalkapal ni. WOW ! aku laa yang paling teruja sekali.  *teruja laa sangat kan. tapi betul laa. memang aku teruja. ye la, mungkin agak pelik sikit kot di sini, budakbudak remaja yang suka pada muziummuzium ni. ala, ada aku kesah? Peduli la ape orang nak kata. Janji aku bahagia . Ye dak?  ok, Tahu Kapal KD Rahmat?
Ok, jom kenal lebih dalam lagi tentang kapal KD Rahmat ni. marimari ! berjalanjalan dalam entry kali ni yea.

lets, KD Rahmat ni kapal perang pertama TLDM yang dilengkapi sistem misil anti udara iaitu Sea Cat. Kapal KD Rahmat  dulu orang kenali dengan  KD Hang Jebat dimana kapal frigat peluru berpandu yang pernah bertugas dengan Tentera Laut Diraja Malaysia dan dan dan kapal tu jugak adalah salah satu aset utamanya masa tu. *bertahun tahun yang lalu. Masa ujian pentauliahan, kapal ini mengalami sikit masalah yang hampirhampir gagal untuk program tu laa. lepas je masalah masalah tusemua da di selesaikan, maka mereka ambil keputusan menamakan semula kapal tu kepada "Rahmat".

haaaaa...itu laa ceritanya pasal Kapal KD Rahmat nii :)


:: jom tengok gambargambar kami ::



ok, then ni pulak laluan ke bawah kapal. haa, kau jalan le dengan lorong yang kecik, tangga yang kecil. segalagalanya kecil !  dalam hati ni kata *macam ni la agaknya eak arwah abah kerja belayar atas kapal dulu. kesiannya abah. sayu pulak rasa.

 
haa. ada nampak kah itu ? lupa. apa tah benda tu. macam meriam. ye ke? haha.  *pikir la sendiri. hua hua


yang ni di bahagian atas kapal. seriusly lawa sangat pemandangan atas kapal ni. rasa macam tengah belayar lee. hua hua hua :p




oh yeah. horre horre kip kip horee :) da nak balik da by that time. ini laa gambar yang terakhir . seronok sangat atas kapal ni. *walaupun aku da gemuk tembam or what so ever la orang nak kata, yang penting aku tetap comel. ha ha ! *perasan. 


 KAPAL KD RAHMAT terbaiikk . nanti jalan jalan kat lumut Perak tu, singah singgah la ye. tengok khazanah yang ada kat Malaysia ni.


oke dokey , finish finish .
 Assalamualaikum .

Sunday, 10 February 2013

Tabahnya hati seorang ibu

bismillahirrahmanirahim, Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Assalamualaikum wbt .


Tabahnya seorang ibu . bertapa kuat hatinya menempuhi likuliku kehidupan selama 28tahun bergelar ibu. Cekal hatinya dalam membesarkan empat orang anaknya. Sungguh besar ujianmu ya Allah. tak dapat dibayangkan.

Apa yang aku maksudkan semua itu adalah mama aku. seorang yang sanggat kuat berhadapan dengan ujian ujian yang diterimanya dengan redha dan hati teruka. MAMA adalah segalagalanya. dia la hero aku dia idola aku dia la semuanya.tahniah mama, mama dah jadi yang terhebat untuk anakanak mama. mama da didik anakanak mama sampai keempat empat anak mama berjaya sampai lah masuk universiti walaupun tanpa abah. Mama mampu lahirkan insan yang penuh dengan ilmu. Hanya Allah saja dapat balas jasa jasa mama. Thank you very much mama.


Inilah kami, anakanak mama. mungkin time ni aku baru je 5tahun.*rasanya lah. by that time, abah da tak de dah. abahpergi tinggalkan kiteorng semua. sedihnya rasa Allah je yang tahu. walaupun aku kecil lagi time tu, 4tahun, tapi aku tak pernah lupa peristiwa tu. tarikh yang dianggap keramat lah bagi aku. 31disember 1997.
masa tu first  day puasa. *tapi aku tak puasa la kan time tu. kecil lagi. haha. pagipagi subuh abah da pergi kerja kat pagoh,muar.lepas sahur je abah terus pergi. tapi, malang sungguh.. abah aksident pagi tu kat bukit pasir.sedih pilu hiba kecewa mesti mama rasa waktu tu kan. siapa tak sedih kehilangan suami yang di cinta kan. aku paham mama.
Tahun duaribusatu 2001, aku ditakdirkan ada ayah tiri yang tersangat la baik dengan aku. Ya Allah, baiknya manusia ni. dia belikan aku basikal baru. haha. Maklum la, aku dulu malas sangat nak pergi sekolah agama tu hah..bila da ada basikal, laju je aku kayuh pergi sekolah. Ok back to the story. Aku tak panggil dia ayah abah daddy papa baba or ape2 sekali pun. tapi aku panggil dia pakcik sahaja. Memang tak di nafikan dia seorang yang baik. Bila dia ada, barulah aku dapat rasa kasih sayang seorang ayah tu. seriously. Dia la banyak bagi semangat kat aku.

tapi tapi tapi, Allah mahu uji mama aku lagi. Tahun 2009, pakcik aku kembali kerahmatullah, sakit cancer usus. Kali ni aku memg rasa betulbetul kehingan seorang ayah. Walaupun dia hanyalah sekadar ayahtiri, tapi dia amat bermakna bagi aku. huh, sedihnya bila terkenangkan arwah pakcik. Katakata akhir dia pada aku, "tira,azam kena kuat. baru boleh berjaya.". Kemana saje aku pergi, aku ingat katakata ni. Rindunya pada dia Allah je yang tahu. kadngkadang kawan aku selalu cakap macam ni :: "dont be sad, Allah always beside you".
Ya, aku tahu. tapi kadangkadang kita tetap sedihkan. Allah uji kita,Allah sayang kat kita. ye dak? aku pikir macam tu.saat saat aku bersama arwah abah and arwah pakcik tak pernah aku lupa. mungkin ini ujian yang Allah beri pada kami sekeluarga. Tetapi,inshaAllah ada ganjarannya pada masa kelak.Sedihnya hati aku melihat arwah pakcik yang da di kafankan waktu tu. fuh, masih terbayangbayang lagi.menangis nangis aku. Setakat ni, mama la wanita yang paling kuat kental hatinya meneruskan hidup,mencari rezeki yang halal untuk membesarkan anakanaknya walaupun banyak sangat benda yang pahit mama lalui.

Last dari anak mama, IM VERY PROUD OF YOU, mama ! mama ironwomen. sayang mama dunia akhirat.

*Ya Allah pinjamkanlah aku keberanian umar al-khatab, ketangkasan kholiq al-waliq, kecekalan thariq bin ziad, kekentalan salahudin al-ayubi dan ketajaman sultan muhammad al-fatih.Kau berikanlah aku kehidupan yg lebih sempurna
*Ya Allah, kau ampunkan lah segala dosa-dosaku,dosa-dosa kedua ibubapaku,keluargaku,guru-gurku,rakan-rakanku serta semua umat musliman dan muslimat yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Amin yrb.

Al-fatihah untuk arwah abah dan pakcik. Al-fatihah.


Assalamualaikum .



dunia kelantan

assalammualaikum wbt :)

    Permulaan, alhamdhulilah . semuanya terasa baru. hanya counting days nak balik kelantan yang tercinta.mula la sem dua yang penuh cabaran. amat la sukar sebenarnya.. yela jauh dari family. jauh dari mama. demi mengejar citacita,dengan harapan , tercapailah segala hajat . ha ha nasib la ada kawankawan yang terbaik.kalau tak.. habis la aku..ini kisah di machang sem satu aku .



oh yeah ! ini sebahagian dari rakanrakan yang quite close dengan aku laa. mereka la orang yang firstfirst aku jumpa bila jejak kaki kat kelantan tu. syukuir alhamdhulilah.seronok jumpa kenal dangan mereka. time ni kiteorang jalanjalan shopping di kelantan. maklum la, adat student.holiday pergi jalanjalan laa.


seronok tahu merantau negeri orang ni. mulamula memang la rasa, fuh menangisnangis aku tak nak pergi belajar sana. *jauh gila kot ! sedih teramat laa kan. tapi aku percaya, aku mampu .


dan yang ini kak nani, orang terengganu. dia macam kakak aku kat sana.asal aku sakit,dia lah yang urut aku. dia baik sangat.hiraukan penampilan aku tu. baju PINK tapi tudung putih. itu sesuatu yang sangat lah pelik dan pelik teramat. ini orientasi uitm. so, ikutkan saje peraturannya. baik kan? ha ha.


inilah dia inilah dia. suasana Uitm Machang kelantan.

walaupun tak sampai enam bulan aku duduk machang tu, macam macam yang aku lalui.sedih happy stress.semuanya ada. STRESS tu semestinya ada. belajar la katakan. belajar ke? haaa. itu persoalannya. mesti lah aku duk belajar kat sana.pagi petang malam kot. rehat hanya untuk makan. kenyataan.

and yang ini sebahagian dari classmate aku.new classmate.seronok bersama mereka yang happy2 tetapi still pandai. aku jealous dengan diaorg ! dari kiri atas (pika tira pque fara aku ida and farouq) dari kiri bawah (zaty iela emir and amir).  kamu semua terbaik. alhamdhulilah dapat rakanrakan yang macam kamukamu .

oke dokey, finish finish !

asslamualaikum .